Something To Share
Bulan lepas aku kena gastrik, tak pernah pernah kena gastrik tetiba kena pulak... Pergi klinik makan ubat.. then ok... ubat habis jadi balik. mungkin sebab makan tak jaga kut... lepas kali ketiga pergi klinik. makan ubat dan jaga pemakanan... Alhamdulillah gastrik dah ok. Walaupun gastrik dah ok tapi my soulmate nak bawa gak gi jumpa doctor pakar...Tq so much... Sebab dengan jumpa doktor pakar... aku dapat tahu sesuatu yang aku tak tahu.... Ada empat biji batu dalam hempedu.... Doktor syorkan operate... Aku seboleh bolehnya tak nak operate. Nak cuba cara lain dulu...
Terima kasih banyak banyak kepada seorang kawan kerana dia memberikan petua mengeluarkan batu secara semulajadi.... Terima kasih Chan diatas petua tersebut... Dengan petua yang diberikan oleh kawan tu jugak lah membuatkan wujudnya blog ni.... yang mana aku nak share dengan orang lain....
Cara caranya....
1) Hari 1 - 5
Minum apple juice 1 liter sehari... aku bahagikan 1 liter tu kepada 4 bermakna 250ml bersamaan dengan 1 cawan sekali minum.
2) Hari ke 6
Pagi minum 1 liter apple juice.
Tengah hari lepas pukul 1.30 dah tak boleh makan apa-apa dah. Bermakna puasalah.
Pukul 6 petang - minum 5gm Epsom salt + air suam 250ml.
Pukul 8 malam - ulang langkah yang sama macam pukul 6 tadi
Pukul 9.45 malam - 125ml olive oil + 125ml jus lemon, kacau dan minum.
Pukul 10 malam - habiskan minum olive oil dengan lemon juice tadi dan terus tidur. Ambil beg air panas letak kat bahagian hempedu. Tidur mereng sebelah kanan. Bersedialah untuk ke toilet esoknya sebab insyaallah batu tu akan keluar....
3) Hari ke 7
Insyaallah batu tu akan keluar....
Untuk diriku Alhamdulillah its work... Dan insyallah Ahad ni aku nak buat lagi untuk kali ke dua...